Wednesday, September 16, 2009

17 September 2009 @ 27 Ramadhan 1430H

Salam....

Dari semalam aku nk tulis sesuatu untuk kisah aku nie, tapi aku kene settle kan dulu keje2 opis. Almaklum lah..tingal beberapa hari je lagi aku bakal bercuti panjang sempena Hari Raya yang bakal tiba.

Kalao nak diikutkan aku mmg malas nk datang keje dah. Ye la..raye pun dah dekat, lagu2 raye dah semakin kerap berkumandang di corong2 radio..lgpun keje kt opis nie ada ala kadar jer..xde ape yang penting..semua aku dah uruskan..

Kisah aku kali nie ttg naluri hati aku ttg 'si dia'. Aku mmg maklum ttg diri nya sebelum aku mengenali nya lagi, tapi aku x amik pot sgt. Bukan aku bersikap ego, tapi aku seboleh nya tak nak luka lama berdarah kembali. Dan juga aku tak mahu kerana sejarah nya, hidup aku tak tenteram, terlalu di bayangi oleh kisah silam nya dan semakin jauh dgn realiti kehidupan sekarang serta masa depan kami.

Tetapi kuasa Allah siapa yang tahu..apa yang aku cuba elakkan sebelum nie..terpaksa jua aku hadapi..mungkin Allah nak aku tahu kebenaran ttg dirinya sebelum ini & belajar ttg diri nya secara tidak langsung. Sesungguhnya diri nya yang dahulu mmg berbeza dgn dirinya yang sekarang..Dia dahulunya (seperti yang aku fikirkan) seorang yang ceria, periang, nakal, lepas laku, sikap tak serius , keanak-anakan, mudah didekati dan mesra. Tak la mcm sekarang...moody, ego, cepat marah, serius, cerewet, sikap yang lebih hati2 bila buat keputusan dan berfikiran lebih matang.

Aku rasa pada mase sekarang dia dah betul2 sedar atas kesilapan dia yang terdahulu. Dulu dia mungkin tak ada perancangan yang teliti ttg masa depan dan rumah tangga, tapi sekarang aku nmpk dia mmg berhati2 dalam mengatur masa depan nya dan juga aku. Tapi yang aku kesalkan ttg sikap nya yang baran pada aku. Kekadang aku bermuhasabah diri, nape aku yang asik tak betul je..kalau dia mesti betul dan beralasan. Kekadang amarah dia pada ku tanpa aku ketahui apa sebab musababnya. Taufan yang menggila tanpa amaran. Aku tak mahu sepanjang hidup ku, dibayangi kemarahan dia pada ku. Aku perlukan sentuhan kasih sayang bukan kemarahan yang tidak berpenghujung. Aku maklum ada kala nya dia normal, tapi keadaan amarah lebih panjang dari normal, macam mane aku nk hadapi nya selalu.

Apa pun yang berlaku kasih sayang ku pada dia tak pernah surut, tak pernah kurang, biar apa pun yang terjadi. Allah itu Maha Besar, Dia tahu segala-gala nya...

Smlm, dia seolah menguji kesabaran dan ketaatan ku lagi. 'Kenangan Silam' tu patut nya boleh dibuang kt tmpt lain, tapi aku tak faham napa dia bersusah payah bawa ke sini dan mengoyakkan 'kenangan' itu depan mata ku. Sengaja ke dia nak bgtau aku yang dia benar2 telah membuang kenangan silam nya jauh dari suduh hati nya?! Mmg aku tak faham tindakannya dan aku juga tak berani nk bertanya, takut mengundang kemarahannya pada ku lagi. Biar lah apa pun alasan nya, asalkan dia benar2 telah bersedia utk bersama ku hingga akhir hayat dan menikmati hidup ini hingga ke akhirat dengan izin Allah.