Sunday, November 22, 2009

CINTA PERTAMA....

Entah mengapa malam ini 'si dia' berbicara ttg pertemuan pertama kami pada 31 Disember 2006. Pelik, tapi aku menyukainya. Itu yang aku harap2 kan kerana 'si dia' mmg berat mulut utk memulakan bicara, sehingga aku selalu merasakan yang aku hidup bersendirian.

Rupa2 nya, aku bukan la wanita pertama yang di dambakan untuk menjadi suri hati nya selepas perpisahan itu. Ada 2 wanita yang telah dirisik oleh nya; yang pertama dan yang kedua dirisik oleh keluarga nya. Kalau lah jodoh mereka dipanjangkan oleh Allah, tak merasa la aku kawin hingga ke saat ini. Dengan terbongkarnya rahsia nie, hati ku semakin kuat mengatakan bahawa 'si dia' adalah jodoh dan Anugerah Terbaik dari Allah untuk diri ku. Aku semakin bersyukur dengan anugerah ini.

Dalam pada itu, kami juga tidak terlepas membicarakan ttg mengharapkan kehadiran zuriat dalam hidup kami berdua secepat mungkin. Hati ku sayu bila mendengar 'si dia' berkata; "Abang terlalu rindu untuk ada anak". Ketika itu, luruh hati dan air mata ku kerana aku tahu bagaimana rasa nya hati bila kita dalam situasi..'something missing..'. Itu la yang sebenarnya perasaan 'si dia'. Walaupun 'si dia' terlalu sayang kan aku dan aku juga terlalu sayangkan 'si dia', kami tetap inginkan seorang zuriat yang mampu menceriakan rumah dan hati kami berdua. Entah mengapa aku terlalu emosional ttg hal ini & bila aku dan 'si dia' sering membicarakan hal yang belum jadi kenyataan nie, hati ku terlalu sayu hingga menitiskan air mata. Aku cemburu dgn kawan2 ku yang masing2 telah ada anak bila berumahtangga. Mak aku juga selalu ingatkan aku supaya cepat2 ada anak,walaupun seorang; supaya rumah kami ceria & hidup lebih bermakna.

Tetapi apakan daya jika semua itu berada dalam gengaman Allah. Aku dan 'si dia' cuma mampu berdoa dan memanjatkan hajat kami ke hadrat Ilahi.

Sunday, November 1, 2009

SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALAILAHAILLAH WALLAHUAKBAR

Assalamualaikum....

Bertemu lagi kita di arena Blog. Dah hampir sebulan aku tak menulis, takde cita terbaru. Kali ini mukadimah post aku di mulai dgn zikrullah pada Allah. Aku benar2 bersyukur sgt pada Allah kerana doaku telah di makbulkan Nya. Ku rasa 'si dia' telah menerima cahaya hidayah dari Allah apabila dia mula berbicara ttg 'baby'. Aku nampak sinar suci di wajah nya, bila mana dia mengusap-usap perut ku supaya benih yang di semai menjadi baka yang baik. 'Si dia' juga mula berangan2 ttg cara didikan nya kepada anak2 kami nanti. Membicarakan cara utk mencurah kasih sayang dan turut membayangkan rumah tangga kami yang bakal riuh dgn kehadiran anak2.

Aku teringat masa aku mengandungkan anak pertama dulu, masa aku bg tau yang aku pregnant, dia wat tak tau jer , malah menafikan lagi, hingga la aku wat medical checkup utk sahkan kandungan aku, baru la dia percaya. Lg satu, mase aku alahan, dia mcm takut2 jer nak dekat dgn aku hingga la aku msk hospital & keguguran. Lepas dari peristiwa tu pun si dia mcm tak rase kehilangan sepertimana yang aku rasakan. Malah bila dia ajak bicara ttg anak pertama yang telah pergi pun dia buat tak endah jer. Tapi mlm td utk pertama kali nya, dia mengimbas kembali peristiwa di hospital tu. Si dia mengiakan bahawa anak pertama tu telah berbentuk cuma belum cukup sifat, semasa aku keguguran. Dan si dia turut merasakan yang jantina janin itu adalah lelaki.

Ya Allah, bila ku dgr bicaranya semlm, aku mmg berasa gambira yang teramat sgt. Akhirnya hati 'si dia' telah terbuka untuk memiliki cahaya mata kurniaan Allah. Sebelum ini aku ada bertanya kepada nya; "belum bersedia ke untuk ada anak?". Jawapan nya pula; "mmg dah lama bersedia utk ada anak , cuma keadaan tak mengizinkan". Aku redha dgn kehendak nya sebelum nie. Aku juga tak nak memaksa ttg hal yang keputusan nya bukan di tangan kita, hal yang di dlm gengaman Allah.

Kini, mmg aku gembira, dan dalam masa yang sama aku turut menyerahkan hal ini bulat2 kepada Allah. Kerana hanya Allah yang Maha Kehendaki utk mengurniakan sesuatu kepada hamba2 nya.