Wednesday, May 5, 2010

Ku Petik Bintang-Bintang

Kupetik bintang-bintang
Biarpun banyak halangan
Rela tempuhi segalanya
Onak yang kupijak bagai tak rasa

Kusedar sejak mula
Tiada jalan yang mudah
Tapi kuyakin di dalam hati
Akhirnya terkota jua sumpah dan janji

Walau sukarnya bagi mu sayang
Perjalanan menyakitkan
Tapi hadapilah dengan kesabaran
Kan tiba kebahagiaan

Tiada batasannya
Usia ataupun rupa
Kita bersama memulakannya
Sehingga ke akhir kita terus bersama

Lagu nie dah lama aku dgr..tapi aku tak berapa amati sgt sebelum nie. Baru2 nie, aku dgr balik lagu nie menerusi siaran radio kegemaran aku, Klasik Nasional. Ketika itu aku di landa musibah hati yang paling dasyat pernah aku hadapi. Bila ku dengar lagu dan lirik nya secara mendalam, aku dapati yang lagu ini bertepatan dgn apa yang berlaku antara aku dan si dia.

Antara aku dgn si dia mmg kontra. Kalau di kaitkan lirik nya dgn hidup ku bersama si dia, mmg banyak cabaran,dugaan dan halangan yang menanti dn telah kami tempuhi. Aku yang cuba memetik bintang yang jauh di langit, serasa mustahil itu berlaku, tapi ingin juga aku menggapainya,membuat kan aku terpaksa mendepani pelbagai dugaan utk memilikinya.

Kini, kami masih dalam proses utk lebih mengenali antara satu sama lain. Tempoh perkenalan yang lama bukanlah satu jaminan bahawa sesuatu perhubungan itu berjalan lancar. Juga tak semestinya dlm tempoh 3 tahun, kita sudah kenal sepenuhnya pasangan kita. Apa yang pasti, sepanjang usia kita akan terus belajar dan belajar mengenali pasangan kita dan terus menerima diri masing2 dgn seadanya.

Aku berdoa pada tuhan agar jodoh ku dan si dia, berkekalan hingga hujung nyawa, dan aku akan sentiasa mencintainya