Wednesday, December 31, 2008

Bye...bye....PCR, Welcome..Kuala Lumpur..

Salam...
Hari nie hari terakhir aku di PCR. next week..next year...akan membuka lembaran hidup ku yg baru bersama suami tercinta di Kuala Lumpur... Aku telah mendapat pekerjaan di sana. Tak terbayang aku akan cabaran hidup di KL nti & juga cabaran aku utk memahami suami ku dgn lebih dekat lg..ye la..ini la kali pertama aku duduk serumah dgn nya setelah 1 tahun kami bernikah. Juga 1st time setelah 5 tahun aku duduk bersama my mom...Sedih lak rase nye..huhuhu..
Bos pun semacam jer tgk aku..ye la kan..org harapan dah nk pegi meninggalkan nye.. Dia tak masuk opis pun, seakan tak nk tgk aku pergi..Tapi, tak pe la..aku sisipkan sepucuk surat buat diri nya, moga2 dia baca lah luahan hati aku tu..
Selamat lah semua hendaknya..
Aminnnnnnnn

Thursday, November 13, 2008

Kisah Di Bulan Ramadhan

Salam.....


Dah lama aku x menulis dlm ruangan nie, bkn apa cuma xde citer2 yg menarik utk di ceritakan dn tiada berkesempatan. Cuma ada satu kisah yg terjadi pada aku dlam bulan Rmadhan yang mulia ini. Pada 8 sept.08, aku di gigit kerawai(binatang kecil mcm tabuan), sakit giler woo... rase nk pengsan pun ada..mula2 tu aku tahan sakit la..meleleh2 air hidung tahan sakit,saje xnk nangis..tp last2 tmpt kene gigit tu makin di lama makin sakit...aku dh x tahan dh....teriak aku huhuhu...
Adik aku, Linda..gelak2 jer. Aku geram sgt sbb dia lah aku kene. Kalo tak dia yg sakit cm nak mati tu...ajak datang ke umah Pakcik Ba'in, dahtentu aku tak kene gigit..Lepas tu plak dia boleh amik pic aku dgn muka yg tgh bengkak tu...hangin tul!!!
Mlm tu aku x larat nk bawak kete balik...mak aku suruh linda yg bawak..tapi aku tak confident. last nye aku bwak gak la selepas baring n tido jap kt umah pakcik Ba'in tu.
Esok nye aku tak larat nk gi keje...aku tipon kak ayu bgtau keadaan aku. Dia suggest aku g klinik amik mc..aku pun gi la ke Klinik Razak...doc tu cm xcaya yg aku kene gigit kerawai sbb bengkak nye bkn kt telinga aku, tapi kat tengkuk aku,cm kene beguk jer. Dapat la mc 1 hari...tp bengkak aku tu makin serius.. Lusa aku gi keje..aku tunjuk kat kak ayu..dia pun cm tak caye sbb tmpt bengkak tu lain mcm dan panas semacam. Aku mmg rase tak sihat sgt2...sampai hari ke -2 kene tu aku tak pose sbb sakit sgt.
At last, mak ayah aku bawak aku ke umah pakcik Ba'in lg utk tnye ttg sakit aku tu..(try ubat kg konon nyer..). Pakcik Ba'in ckp yg aku terkene penyakit Linda tu...Ubat punyer ubat...mmg rasi..
Alhamdulilah...hari jumaat tu my hubby balik. Linda beria tunjuk pic aku yg bermuka bengkak tu...wat malu aku jer. Nasib baik la time tu muka aku dah tak bengkak dan aku pun dah sihat sepenuhnya.....
Alhamdulillah.......

Thursday, August 21, 2008

aKu Geram giLer hAri niE......!!!

mmg geram sgt2..
tghari nie aku gi kuar jap..pi pasaraya Billion utk beli brg sket...dah abis pusing2 aku teringat lak nk isi minyak moto. Hari nie aku naik moto..dah 4 hari la (t'masuk hari nie) tukar jap dgn suami aku...dia bawak kete balik KL.. So, nk dijadikan cerita...aku singgah la kat stesen minyak Shell kat dpn stesen bas tu..aku dh nmpk yg kat area nk isi minyak moto tu 'self-service' tp sajer jer la aku nk suruh budak bangla tu tlg isi kan..konon2 la bile nmpk aku nie pompuan dia bole la baik hati sket utk tlg aku. Aku pun park la moto aku dekat dgn dia..oleh kerana aku nk isi penuh..aku pun pegang la handle moto tu uk tegakkan moto...aku suruh la dia tlg isi sbb dia dh pegang nozel tu...bole pulak si bangla tu buat muka sadin jer...siap nak tengkar dgn aku lg...rase nk lempang jer bangla nie...!!
Bila dh jadi cmtu..ada la customer Cina yg x larat nk tgk kami 'gaduh'..si cina tu plak ambik nozel tu..terus tolong isikan. Aku ingat dah lega la sbb ada org baik hati nak tolong aku....Rupa2 nye...baik ada makna....nak kenakan aku pulak... Bole si cina tu isi penuh2 kat dlm tangki minyak aku sampai nk melimpah....panic pulak aku d buat nye....mase aku tengah panic tu, aku x sempat nk tgk brape RM minyak aku...terus jer dia isi minyak kat dlm moto dia pulak, ada ka patut...??? Lepas tu dia kalut tanye brape aku RM minyak aku....aku pun ckp la ..."sape suruh ko tak tgk dulu..terus jer isi kat moto ko...sajer nak pekene aku ker...? mentang2 la aku pompuan...." terdiam apek tu. Sudah nye dia suruh aku byr jer RM 6.50...aku x nk byr..aku ckp jer kt org Shell tu aku nk byr RM5. Si apek tu x puas hati lg..nk jugak aku byr RM 6.50...Nk tutup cerita, aku byr jer RM 6..terus aku blah. Nyesal betul aku rase sbb isi minyak kat situ...lepas nie mintak maap ler aku nk isi kat stesen tu lg....
Nk di jadikan citer plak...sblm aku isi minyak tu..ada pak aji kt dpn aku..kira aku queue kt blakang dia la....lps isi minyak aku singgah jap kat gerai air soya.jmpe lg pak aji nih...dia bgtau aku yg sbnr nye kos minyak aku cuma RM 5.90 jer....tp aku dah byr RM 6...kire rugi sekupang jer la.....
Moral citer aku nie...jgn percaya sgt dgn cina nie...diorg mmg nk kenakan kita jer..x sedor yg depa tu menumpang kat tanah melayu nie..ada hati nk bolot sume heh...nk taraf sama rata dgn bngsa melayu konon.....Bos aku slalu ckp yg cina nie tgk melayu semua dah papa kedana baru diaorg pueh ati....kalo bos aku ada kat situ..mmg kene dah si apek n si bangla tu di basuh nye...so korang (yg membaca blog aku nie...) b'hati2 la sentiasa ye dgn 'wayang orang cina' nie.....

Thursday, August 14, 2008

BISIKAN CINTA

BY: ANITA SERAWAK
(UNTUK SESIAPA YANG BERCINTA & SALING MERINDU)

Lautan luas ku seberangi
Ombak dan badai ku harungi
Demi cinta ku hanya untukmu
Engkaulah seri dalam hidupku

Gunung yang tinggi 'kan ku daki
Lembah dan lurah ku harungi
Mati pun aku rela berkorban
Asalkan kau setia selalu

Walau kini jauh
Kesetiaan ini hanya untukmu
Berjuta godaan takkan mampu

Bisikanlah cinta
Lewat angin malam
Agar hidup ini
Bukan dalam mimpi

Malam-malam sunyi
Bayang-bayanganmu
Selalu dalam mimpiku
Berjuta harapan ku nantikan

Wednesday, August 13, 2008

NISFU SYAABAN

Tarikh :- 17 Ogos 2008 bersamaan 15 Syaaban 1429 H

Hari Nisfu Sya'aban akan tiba pada hari Sabtu malam Ahad (sebaik saja masuk maghrib), 17hb Ogos 2008(selepas maghrib pada hari 15 Sya'aban 1429H).
Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.
Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib,(15 Sya'aban bermula pada 14hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)
Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:
1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, ahad malam), Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x, Rakaat 2 : baca Al-Fatihah& surah Al-Ikhlas 3x.
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, ahad malam)
i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik.
Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x
Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)
3. Baca surah Al- ikhlas 1000x
4. Berpuasa pada siangnya (Ahad).
Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.
Antaranya yg termasyhur adalah:
1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan

Antara kelebihan bulan Sya'aban:
1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof di dalam syurga.
2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yangberdendam marah hatinya kepada saudaranya.
Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.
Wallahua'alam

Sunday, August 10, 2008

Sehati Sejiwa

By : Haslinda (soundtrack lagu drama Cinderella)

Kita Telah Di Jodohkan Bersama
Sehati Serta Sejiwa
Walau Esok Atau Akhir Nanti
Kita Telah Ditakdirkan Bersama-Sama

Wahai Kekasih…
Bersabar Lah Menempuhi Dugaan
Kita Sedaya Berusaha Untuk Berdua
Namun Selagi Ada Jurang Pemisah Impian Kan Musnah
Kita Masih Ada Jalan Untuk Leraikannya

Kita Jatuh Cinta Bukan Kerna Paras Rupa
Atau Harta Benda Yang Di Idami Manusia

Seharusnya Kita Bersyukur Kepada Tuhan
Agar Mengecapi Bahagia Hingga Ke Akhir Hayat

Hanya Engkau Kekasih Ku
Hanya Aku Kekasih Mu
Dengan Satu Rasa Dalam Dua Jiwa
Kita Di Takdir Bersama

Nothing’s Gonna Change My Love For You

By : George Benson
(lagu nie khas utk suami tersayang...Ainuddin Hamzah)

If I had to live my life without you near me
The days would all be empty
The nights would seem so long
With you I see forever oh so clearly
I tried to be in love before
But it never felt this strong
Our dreams are young and we both know
They’ll take us where we want to go
Hold me now touch me now
I don’t want to live without you

Nothing’s gonna change my love for you
You ought to know by now how much I love you
One thing you can be sure of
I’ll never ask for more than your love
Nothing’s gonna change my love for you
You ought to know by now how much I love you
The world may change my whole life too
But nothing’s gonna change my love for you

If the road ahead is not easy
Our love will lead the way for us
Like the guiding stars
I’ll be there for you if you should need me
You don’t have to change a thing
I love you just the way you are
So come with me and share the view
I’ll help you see forever too
Hold me now touch me now
I don’t want to live without you

Nothing’s gonna change my love for you
You ought to know by now how much I love you
One thing you can be sure of
I’ll never ask for more than your love
Nothing’s gonna change my love for you
You ought to know by now how much I love you
The world may change my whole life too
But nothing’s gonna change my love for you

Monday, August 4, 2008

Peringkat-peringkat Isteri Dalam Memberi Ketaatan Dan Meminta Nafkah

*Isteri Siddiqin*
*Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu(dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkanadakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.
*Isteri Muqarrobin*
*Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.
*Isteri Solehin*
*Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan, pakaian. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.
*Isteri Fasik*
*Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami,apatah lagi dengan Tuhan.

Thursday, July 31, 2008

friends forever......



Ini la member aku dunia akhirat.... kami berkenalan ketika belajar di UUM dulu. Kebetulan kami pun satu course BAcct. Gambar nie di amik mase kami bercuti di Genting Highland pada 9-10 September 2006. Mari aku kenalkan diri mereka masing-masing......
Disebelah kanan aku...nama dia Jamilah Umar..pnggilan Jems...budak perak sama dgn aku...tp dia nie lahir tahun 1979..patut aku panggil kakak la kan..tp dia kata geli plak bile dgr nyer..hehheh. so 'aku enko' jer la kami...cara perkenalan kami nie agak unik sket....dia nie member sebilik dgn watie kt YPM Kuantan....aku n member mmg suka melepak bilik org dr bilik sendiri..yer la..senang la nk ngumpat kan...hehh. Bile dah selalu lepak tu...si jems nie pulak jenis 'no komen'...so terus la join group aku secara x langsung nye...
Yang di sebelah jems pulak (di belakang aku, pakai tudung putih) nama nye Earny Sabrina Bt Rosli....panggilan Earny...Dia nie budak Melake Bandar Bersejarah....Cara aku bole kenal n rapat dgn dia nie....yg sebenarnye dia member Tea Kwan Do Fid (kat KYPM Kuantan)...dia n fid selalu gi sama2 ke kelas latihan n tournament WTF diorng...dia mmg slalu lepak ngan kitaorg kt bilik watie sbb bilik dia separas dgn bilik watie...dia nie pun bkn jenis nk dok bilik sendiri...hehehhe. yang paling best ttg earny nie..mase study dulu,dia slalu dgr walkman at any place,any time n anywhere...heheh (caya la beb...!)
Yang ketiga...di sebelah Earny dn di belakang aku (yg nampak kepala jer tu..) Rafidah Noordin namanye atau lebih famous Fid (org Melake gak)..dia nie la org yang paling penting antara kami..kalo xde dia, kami mmg x jalan la...kire cm 'tulang belakang' gitu...dia nie aku kenal mase Matrik UUM lg...kami satu kelas ...(class of 1.09). Dia nie tegas org nyer..mula2 tu..aku mmg x geng sgt dgn dia sbb dia tu laser sgt.....tp lama2...aku tau la yang dia tu kalo 'laser' mmg bersebab. Aku slalu ckp dgn dia yg 'i cant live without u'....n the reality is true...kami mula rapat mase di KYPM Kuantan...dia la yg banyak berjasa dgn aku..bagi aku pinjam duit...buah fikiran..menumpang kat umah dia..ambil berat ttg aku n famili....mcm2 lg la jasa nyer..x terbalas aku..hanya Allah jer la yang mampu membalasnye...(sobb..sobb...sedih ooo)
ok..yg depan Fid (sblh kiri aku,tudung merah) tu plak nama nye Norwatie Abd Rahim...atau dgn nama lain nyer Watie....dia ni pun aku kenal mase matrik UUM jugak..n kelas yg sama....(class of 1.09)...dan yg paling x disangka...dia la org pertama yang aku kenal n bercakap mase mula2 jejak kan kaki di UUM...Aku ingat lg mase tu dia pakai baju warna kuning bunga hitam...tudung kuning air....dan dia berbaris kat belakang aku...watie nie yg paling aku suka ttg ia ialah dia nie org kelantan..tp x ckp kelantan...(sbb aku x suka org kelantan yg ckp loghat kelantan)..unik kan tu...dia nie ada asma..tp x teruk la...cuma sepanjang mase mmg x lekang la dgn selsema nye...hehheh...(sory watie :p)
Dan yang terakhir fasal member aku dlm pic nie....betul2 sblh kiri aku...nama nye Siti Zamiah bt Hasbullah....asal dari Jengka,Pahang. Nama panggilan Zam @ senah..(heheh itu kat kg la). Aku kenal dgn dia mase di KYPM Kuantan...kebetulan kami satu kelas bahasa Inggeris EN. Mustafa (org putih msk islam)..kami satu group utk satu tugasan tu....bile nk kmpe utk discuss..rupa2 nye..bilik dia satu blok dgn aku, separas dgn bilik watie n berhadapan pun bilik nyer..alahai..kecik betul dunia nie kan...bile dah tau tu...start la kami melepak sesama...perkara pertama yang aku ckp dgn dia ialah yg muka dia tu sebiji dgn kawan baik adik aku..aku siap mintak gambar dia utk bawak balik bg adik aku tgk... Dan dia la org pertama yg baru kenal aku dan x ragu2 tegur secara berhemah ttg ape yg dia x suka dgn aku....mase tu aku rase best sgt..(kene tegur pun best ker..??) sbb ada org tegur kesilapan aku secara jujur.... Dan benda yg paling best lg...dia nie ader makcik kat teluk intan...kebetulan yg bagus...anak makcik dia tu plak (adik sepupu dia ) member kamcing adik aku Alan...(budak sekolah aku gak..)..mmg betul kecik n bulat dunia nie kan....dia nie mmg jenis 'no komen' gak n penyabar org nye
Itu la serba sikit kisah ttg member aku nie....aku rase bertuah sgt dapat diorg jadi member aku. Harapan aku biar la kami kekal bersahabat di dunia n di akhirat.... Sekarang nie pun kami masih berkawan baik n saling 'keep in touch' w/pun berjauhan... Nak tau kisah selanjut nye....? tunggu la post yang akan dtg ye...nie pun tgn aku dah lenguh menaip...hehehh
Adiiosss.................